Sunday, 19 June 2011

ayam masak black pepper


i have tried new recipe...black pepper chicken...for lunch that day..

dis is da picture for chicken black pepper dat i have try....


dimasak oleh: dyana azhar..hehhee


if u like to try..here is da recipe...here you go..

bahan-bahan masakan......
  • 1 bawang merah(hiris halus2 utk tumis) + 4 biji bawang putih(tumbuk)
  • sediakan adunan 3 cawan tepung gandum + air (gaul n pastikan tiada ketulan)
  • garam dan gula
  • kicap
  • sos tiram
  • ayam goreng(ayam itu diperap dengan 4 bwg putih & sedikit halia yang ditumbuk..barulah    digoreng selepas itu..goreng jangan terlalu garing sebab kite nak masukkn dalam masakan lps tu)tidak menggunakan kunyit tau macam bila kita goreng aym macam bese...nie resepi tok mek yana...

cara-caranya

  1. masukkn bawang tersebut n tumis sehingga kuning garing(jangan hangus sudeh okey?hehhehe)..
  2. masukkn kicap(byk sikit pon takpe...wrne lg gelap n cntik)..then masukkn sos tiram secukup rase...
  3. masukkn 3 cawan air...2 cawan air pon dah ok...lagi pekat..
  4. lepas tu, masukkn adunan tepung gandum yg dibancuh tadi...
  5. masukkn garam n gula secukup rasa...
  6. gaul hingga sebati pastu masukkn serbuk lada hitam.dalam 2@3 sudu serbuk lada hitam..
  7. gaul hingga sebati..
  8. masukkan ayam goreng yang disediakn td..
  9. bagi dye masak jap...then angkat la...
  10. siap~

p/s: belum cube belum tahu tau...huhuhu...sedap..kalau wat jadi black pepper sauce untuk chicken chop pon bez...available to all..

selamat mencuba k!

sayur kangkung goreng belacan



ok.. untuk sajian sayur-sayuran.. jom kita memasak sayur kangkung goreng belacan pulak yer..mudah je. follow step ini ok..



bahan-bahannya:

  • kangkung
  • belacan(2 cm  x 2 cm) -depend pada quantity kangkung yang digunakan yer..
  • gula dan garam
  • kicap manis
  • bawang putih 4 ulas(tumbuk)
  • cili padi 5 biji (tumbuk)
  • lada biasa- 1 biji

cara-caranya

1- letak minyak > bila sudah panas > masukkan bawang putih yang sudah diumbuk tadi
2-goreng sehingga garing(jangan sampai hangus pulak...=p) 
3- masukkan belacan, cili padi, lada biasa dan goreng
4-masukkan kangkung
5-masukkan garam, gula, dan kicap(sedikit je tau)..-gula dan garam secukup rase..
6-goreng2...then..siap..

taddaaaaaa!!



kangkung goreng belacan

selamat mencuba dan selamat menjamu selera!



rempah ikan bakar


macam mana nak buat rempah nyer eh? kadang tu, setiap orang ada cita rasa mereka sendiri. ini pulak masakan mami ajar yana.. nie cara nak buat rempah ikan bakar dari segi cita rasa kami.. nak tahu sedap ke tak.. ikut cita rasa korang ke tak..cubalah..ok?



bahan-bahannya:

  • lada lumat(lada yang sudah dblend)- 5 sudu besar


*bahan untuk di blendkan : 
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 bawang merah
  • sedikit halia(dalam 3 cm kot..)
  • serai
  • air asam jawa
  • sedikit belacan(dalam 1cmx1cm-bentuk dadu)
  • kunyit(sedikit) -bukan yang serbuk tu tau...
  • lengkuas(sedikit)


**bahan bahan lain yang dimasukkan dalam masakan:

  • nissan @ gula melaka nama asal dia (dlm 1/4 drp saiz nissan yang besar tu)
  • garam

bahan untuk tabur atas ikan bakar(potong halus2)(***)
  • daun kesum
  • daun kunyit



cara-caranya:

1-panaskan minyak
2- masukkan lada yang di blend 5 sudu.dan tumiskan ia sehingga naik bau
3-masukkan bahan-bahan yang kita blend tadi.(refer * )
4- lepas tu, kira-kira 2,3 min, masukkan bahan-bahan lain yang dimasukkan dalam masakan..(refer**)
5- lepas tu, da siap...da masak dan anggar2 minyak dia dah naik, angkat..dan letakkan atas ikan bakar yang dimasak...taburkan bahan yang disediakan atas ikan bakar(***) dan untuk lebih sedap letakkan juga limau nipis ye..=)
6- done!

selamat menjamu selera!

my abah's day

gud monin semua! actually yana nk update blog semalam, tapi nak wat macam mana, terbusy pulak dengan adalah tu sesetengah hal yang tidak dapat diduga. so semuanya membuat yana jadi kelam kabut, serabut and mula lah jugak nak jadi emo. hehehe.. so if nak tulis post dalam blog nie perlukan ketenangan,kejiwaan..wahhh cam tu ye? hehe..

ok lah..even hari ini dah lewat..yana nk wish pada my abah,......

HAPPY FATHER'S DAY ABAH! We Love U so much

"my abah"

and jugak kepada semua bapa-bapa,papa-papa, ayah-ayah, abi-abi, abah-abah seluruh dunia, happy father's day k..ok lah..bagi korang, apa kenangan korang yang ayah korang dengan korang? yana bukan lah jenis sampai dicopkan sebagai "anak ayah". abah yana jenis tegas orangnya tapi even setegas tegas abah yana, yana tahu dia amat sayangkan kitorang. dia cuma tegas sikit sebab dia mahu anak-anak dia berjaya.that's why..tapikan korang perasan tak mak ayah mana-mana pon dalam family biasanya anak pertama n kedua yang dorang paling tegas,memang kena jaga betul lah..yang lain, macam dah tak tegas sangat macam dulu2.. hehe...kalau kecik kecik dulu,yana(elder sister) dengan aten(second elder sister) selalu kena rotan dengan abah sebab wat salah..apa yang kitorang buat sampai kene rotan?


  • suka takung air n swimming dalam toilet lama2..
  • balik bermain lewat.kalau lebih dari pukul 7 siap lah jawapnya..pintu pagar dah tertutup la jawabnya.huhu..
  • conteng dinding rumah..(kitorang kan berseni..suka main menghasilkan karya-karya dekat dinding rumah nie..mujur dah besar,tak jadi artis je..hehehe  =p )

yang tu je yang setakat yana ingat..hehe.. time nak kena rotan, kitorang dengan pikiran kritis nyer pikirkan cara tak mo bagi sakit kena rotan. kitorang siap letak selimut,buku dkt seluar.hehehe.tapi last-last abah mami tahu jugak..apatah daya, fikiran kritis budak-budak tak sama dengan orang dewasa. cepat aja dorang tahu..

yang kelakarnya, kitorang time kecik kecik pernah pikir nak larikan diri lepas kena marah dan rotan.. siap ikat ikat selimut besar dan panjang tu banyak2.. konon nak keluar dari tingkap la.. nak letak selimut dan bergantung padanya untuk turun..efek daripada tv lah ajar kami nie..hehe..last last tak jadi sebab kitorang takut jatuh pulak..tiba-tiba rasa gayat nak turun..tinggi sangat..takut patah kaki pulak..hehehe..=p

bila makin makin besar, baru kitorang paham kenapa abah tegas sangat dengan kitorang bila time kecik kecik dulu.. sebabnya abah nak kitorang berjaya, tak nakal, jadi manusia yang berguna besar2 nanti.. so agak agak korang nanti dengan anak yana sendiri yana kena tegas macam tu jugak tak?or lebih tegas? hahahaha..***gelak nada jahat

tapi yang bestnyer time kecik2..even abah tegas, bab pelajaran kitorang dia amat prihatin..selalu teman dan ajar kitorang tak paham dalam homework. abah suka beli banyak banyak buku latihan dan kitorang lah mangsa untuk buat latihan yang banyak tu..nak berjaya katakan. 

  • p/s: abah teror addmaths dan maths nie...=))

petang semalam, rancangan suprisekan abah bermula..lepas yana hantar adik perempuan yana,jiji pergi tusyen, terus yana n aten p bandar cari kedai kek.. seperti biasa, kedai biasa kitorang suka beli kek.. kedai kek candy lah.. kek dia boleh tahan sedap jugak. kitorang beli jenis "blueberry".. lepas balik, kitorang suruh mami alihkan perhatian abah suruh masuk bilik sebab tak mo abah perasan kitorang beli kek..sebab nak pergi dapur, kena cross ruang rehat tu dlu...lepas abah da masuk bilik, kitorang cepat cepat sorok kek dalam peti ..fuuuhhh selamat...huhu..

blueberry cake..nyum nyum...=))

we your daughters and son wish "HAPPY ABAH'S DAY!"

syg abh! ^_^

lepas dah ambik jiji dari tusyen,baru kitorang celebrate...siap ader lilin gitu..

"People might change but there are 2 things that can't be changed. their NAME and the MEMORIES you've had with them."
by ItsThingsInLife

thats all for now. love your dad okay? remember what he has done for you.. without him, who are you...


  • p/s: berbanyak maaf sebab sizuka abaikan nobita smlm...forgive her..


Friday, 17 June 2011

lunch time + 49 Days korean drama

hari ini our family makan ikan bakar dan tomyam campur for lunch..sedap tak? hehe.. sedap la.. kalau tengah dekat university tu, mesti mengidam nak makan ikan bakar masakan mami yana. mengidam makan nasi minyak ayam masak merah lah, makan itu la..makan ini lah.. bak kata mudahnya, macam macam lah. ader je yang diidamkan.. mujur yana bukan tengah pregnant time tu. cubalah anda bayangkan if kalu tak dapat , so  terpaksa la drive selalu balik makan kat rumah mami.. hehe..aish... kalu tidak dapat apa yang diidamkan alamaknya kecur la air liur baby dalam perut tu bila keluar nanti..bak kata orang tua-tua la..korang rasa macam tu jugak tak? kadang-kadang btol jugak apa yang orang tua cakap.so kena la ambik pe yang patut. ok? imagination je lebih nie.. hehe..

amacam sedap tak? kecur tak air liur korang? 


p/s:letak cili padi banyak sikit bagi kasi lagi pedas..nyum nyum


korang nak tahu resepi rempah ikan bakar mami yana? ok kalau nak cuba, click SINI untuk ke link tersebut dan click la resepi untuk rempah ikan bakar tu okey? sharing is caring. if korang ada cara untuk sedapkan lagi masakan tu, do tell me okey? kita boleh memperbaiki supaya masakan jadi lebih enak dan lebih menjilat jari.. dengan dengan jari kaki sekali jilat tak?hayyyaaa tak nak lah...jangan lah di imaginekan ok..^_^

ohye, lepas lunch, bukak la lappy sambil silau silau apa yang menarik sekarang. & my sis told me yang cerita korea ada yang best. tajuk drama tu ialah 49 Days. korang nak join sama tengok dengan yana tak? if nak follow link dekat bawah nie untuk tengok cerita tersebut secara online or anda nak download cerita tersebut. untuk makluman saudara saudari semua ( cewahhh), cerita nie ada 20 episod kesemuanya..saper-saper yang korean drama fanz, kalau bagi dorang even sapa episod 30 pon agaknya dorang tak kisah punya sebab kan...kalau la tengok drama korea nie, tak boleh nak stop sebab tertanya-tanya apa yang berlaku, if tengok ending terus,takde feel la macam tuh.. macam mana yana tahu? sebaaabbbb yana pon korean drama fan jugak. ^_^

 kadang tu sama jugak dengan baca novel, yana confirm duduk diam je dalam bilik. nak makan pon tak lalu, nak mandi pon tak basah...eh! macam orang yang sedang angau bercinta plak macam tuh..aha..memang angau..tapi angau dengan novel. memang macam tu la caranya..=p

ok..click link di bawah untuk tonton cerita 49 Days nie:






ok nak tengok dulu..take care! ^_~



Thursday, 16 June 2011

kelemahan dan kekuatan seseorang bergantung pada diri sendiri

selamat malam semua warga seangkatan waktu dengan yana buat sekarang. sekarang 11.26 p.m. tiba-tiba yana ternampak satu word nie.,


ok fine kita pergi pada topik kita..now pe kata kita bincang kekuatan dan kelemahan masing2? ohh..isu sensitif tu bagi setiap orang. kalau macam tu, kita bercakap tentang kelemahan kita secara general..

setiap orang ada kelemahan masing-masing tau.. depend pada orang tu sendri sama ada nak terima kelemahannya untuk kuatkan lagi dirinya tu..or larikan diri bila berhadapan dengan kelemahan tersebut. anda kategori mana ek? yana jenis tengah2...hehehe.. kadang-kadang de jugak bila hadapi sesuatu yana tak kuat hadapi, yana akan cuba larikan diri, (bukan bermaksud lari jauh sampai ke puncak alam tau..=p) tapi maksud yana,yana cuba untuk buat benda lain. alihkan perhatian maksudnya.. bila dah cool,baru yana kan kembali balik pada masalah tu dan selesaikannya.. tak tahu lah korang cam mane..ader jugak tu, yana rasa boleh hadapi situasi tu,yana akan hold on and tak kira kalah or mati ,dalam prinsip redah je..yang penting usaha yang kita buat.. ada jugak yang jenis cam tu..

macam dlu,yana pernah hadapi kegagalan.sampai satu tahap, yana rasa macam tak de guna dah yana asyik cuba tapi tetap tak jalan, last last yana rasa nk give...




but then,tiba tiba ada something macam masuk dalam pikiran yana. takkan yana dah sampai tahap nie yana nak give up.. btol jugak..last last yana cube pikir time tu, baik redah je la..nak berjaya kena ambik risiko. kalau tak, dalam pikiran yana if lepas tu ia tak jadi jugak,yana nak wat cam mana. tapi at least yana dah mencuba se habis daya yana.. tak de teruk pon if yana mencuba..

dalam pikiran yana just de 2 kemungkinan akan berlaku:


  • gagal even pelbagai usaha telah dibuat

  • gagal sebab langsung tidak mencuba sebab takut

and at last, yana choose the first one,.untuk sesiapa yang rasa diorang tak good enough. hey! tak de orang perfect tau.. u are perfect for yourself.. kalau takde orang puji korang saper lagi kalu bukan kamu yang nak puji kamu sendiri kan? yakin diri ok..




just that for tonite.. gud nite! sweet dream! ^_^

daging masak kicap blackpepper

jom kita sertai main masak-masak nak?
now kita belajar masak daging masak kicap blackpepper.

ok mula-mula kita tengok,apa bahan-bahan yang hendak digunakan okey?

bahan-bahan

  • bawang putih 3,4 ulas(diblend)
  • bawang merah 2 biji sederhana besar(diblend)
  • halia dalam 3-4 cm(diblend)
  • kicap
  • tomato sauce
  • sos tiram
  • blackpepper(sudah diblend halus2)
  • cili padi 5,6 biji (ditumbuk)
  • air asam jawa
  • lada merah  dan tomato(1 biji)
  • daging yang dipotong kecil2


step stepnya

1-bahan-bahan seperti bawang putih,bawang merah,halia diblendkan sekali

2- selepas diblendkan, panaskan kuali dengan minyak. bila minyak sudah panas,masukkan bahan-bahan yang diblend tadi tumis sehingga naik bau.(betol betol naik tau..hehhee)

3- lepas tu,masukkan kicap, sos tiram, sos tomato,garam dan gula(secukup rasa). bagi sebati.

4-kemudian,daging tadi yang telah dipotong kecil2(yang telah diperap dengan serbuk lada hitam sebentar) dimasukkan. kemudian diikuti tomato yang dipotong kecil2 dadu. 

5- masukkan cili padi yang sudah ditumbuk tadi.dan masukkan juga lada merah yang dipotong kecil2.

6-masukkan juga lada hitam sedikit.gaul sebati dan tinggalkan sebentar dalam 10 minit (nak bagi daging tu  masak)

7-tutup gas.done! sedia untuk dimakan.





cara letakkan favicon pada blog(easy way)

mula mula..ape kata kita introduce dlu..pe itu favicon? favicon adalah icon cute yang berada kat atas (tab). kedudukan ia adalah sebelah nama kita punyer blog.cthnye:


dah kenal apa itu favicon? hendak mahu buat jugak? baiklah.om kte move on pada next step.


  • first of all,go to dashboard > design > edit HTML > Edit template(click expand widget template)

  • Type "Ctrl+F" . pastu anda masukkan kod di bawah ini dalam box tersebut and press enter(untuk search)
]]></b:skin>


  • lepas tu, dah jumpe. next step adalah anda masukkan kod di bawah ini di bawah kod yang ditunjukkan di atas ini.
<link href='http://sl.glitter-graphics.net/pub/1867/1867949zpnuvtmy7y.gif ' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>
<link href='http://sl.glitter-graphics.net/pub/1867/1867949zpnuvtmy7y.gif '/>


  • finally,final code yang akan terlihat adalah:
]]></b:skin>
<link href='http://sl.glitter-graphics.net/pub/575/575280tvjrzkx7ho.gif ' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>
<link href='http://sl.glitter-graphics.net/pub/575/575280tvjrzkx7ho.gif '/>
  • text yang berwarna biru mewakili gambar icon yang kita nak. untuk pelbagai pilihan,yana suggestkan korang click SINI untuk dapatkan lebih banyak pilihan.tukarlah image url korang dan pastekan mngantikan text berwarna biru k..

  • dah siap,preview dlu.then save!




letakkan gadget title background

first of all.gadget tu adalah yang korang letak dekat tepi tu..cth cam gadget jam,gadget picture,gadget javascrpit/html dll..so dah tahu pe gadget..jom kita buat background untuk gadget tersebut bagi nampak lebih cantik nk?jom..jom...


  • dashboard >design>edit HTML 

  •  taip Ctrl + F . dah jumpa box, taip 
h2 {

  • lepas da sudah, komputer akan highlight kan code tadi kan? adakah ini yang anda akan nampak bila code tadi tertera?kalu ya..bagus...
h2 {
font: $(widget.title.font);
text-transform: $(widget.title.text.transform);
color: $(widget.title.text.color);
margin: .5em 0;
}


  •  ok kita pegi pada next step pulak.copy code di bawah ini pulak dan seterusnya paste pada code yang berada di atas ini(yang tertera pada korang punye edit HTML(edit template) code) . maksud lebih ringkas,kod di atas akan lesap dan diganti dengan kod di bawah ini.sudah paham?
h2 {text-align:center;-moz-border-radius: 40px 10px;border-radius: 40px 10px;margin: 0 0 1em 0;
font: $(widget.title.font);color: $(widget.title.text.color);text-transform: uppercase;background:url(http://sl.glitter-graphics.net/pub/2730/2730267baqumpdcd2.gif)}
  • da sudah? preview dlu..da puas hati. pastu save ok.. da siap.gud luck!





cara mudah buat signature for the blog

ok..sapa suka suka signature nie?signature nie macam salah satu trend dalam blogger.. jom!

begini cara-caranya:


  • mula mula,tekan SINI  .pastu, sila kuti langkah-langkah yang telah mereka ajar untuk buat signature.

  • pastu dapatkan url image tu selepas click apa yang yana dah box kan dengan warna merah itu.




  • now ikut step nie pulak, go to dashboard > setting > formating (disini nampak tak bawah sekali ada post template?)

  • pastu paste kan kod yang diberi tadi oleh laman web signature tersebut pada post template.contoh code yang kita paste pada "post template":
<a href="http://www.mylivesignature.com" target="_blank"><img src="http://signatures.mylivesignature.com/54489/200/C500F5948628EE976274DA2BFE726682.png" style="border: 0 !important; background: transparent;"/></a>
  • url image korang dapat tu gantikan yang yana sudah bold warna merah tu. warna merah yang yana bold tu image url signature yang yana buat. so gantikan la dengan image url korang yang dah dapat tu lepas tekan download signature tu k..

  • save! siap..mudah je kan? selamat mencuba.




cara tukar bullet list kepada yang lebih menarik(bergambar)

ok..ada sesetengah orang suka pada bullet yang biasa je,default punye bullet list dalam post tu..tapi if korang nak cuba tukar bullet korang kepada bentuk bentuk yang lebih menarik(cthnye bentuk rama-rama,love,strawberry cam yana tu ker or macam macam bentuk lagi) jom ikuti selanjutnya.mudah jer..jom!

ikut step2 berikut:


  • design > edit HTML > click " Ctrl + F "  (for newbie, Ctrl+ F bermaksud anda menekan Ctrl dan dalam masa yang sama juga menekan  word "F")
  • lepas keluar box, taip cari word "]]></b:skin>
  • copy code nie:
.post ul {list-style:none; .post ul li {     line-height: 1.4em;         background: transparent url(http://i215.photobucket.com/albums/cc23/ouii0303/cute%20bullets/1705.gif?t=1242006251) no-repeat scroll 0px 4px;     margin: 0.3em 0;     padding: 0 0 0.8em 20px; 
  • lepas dah copy, pastekan ia sebelum word ]]></b:skin> , begini akan jadi code tersebut selepas kita paste
.post ul {list-style:none; .post ul li {     line-height: 1.4em;         background: transparent url(http://i215.photobucket.com/albums/cc23/ouii0303/cute%20bullets/1705.gif?t=1242006251) no-repeat scroll 0px 4px;     margin: 0.3em 0;     padding: 0 0 0.8em 20px; 
]]></b:skin>
  • then,nampak tak yang yana dah boldkan warna biru tu?yang tu anda bolehlah menukar bullet anda sendiri.gambar apa untuk jadi bullet korang. bold biru mewakili image url.
dah siap kn? pastu leh la tekan preview.dah puas hati, tekan lah save. done! selamat mencuba!

p/s: sharing is caring. anything want to ask, just drop a comment below ok..tq..



how to disable image from copy by enlarge technique in blog?

hye semua..hari ini yana nak beritahu satu cara bagaimana kita disable orang  lain daripada "copy" image kita (dorang menggunakan teknik enlarge image then diorang akan "save as".)

mula-mula banyak cara yana tengok2 blog orang cara disable right click dan disable image.cuma masalah sekarang yang yana alami ialah disable text dah jadi,cuma yang image je tak jadi jadi.. dan setakat nie tak de lagi orang yang pamerkan bagaimana cara kita disable kan semua image dalam blog kita.

yana jumpa satu way nie..nampak complicated.tapi bila perhati betol betol,mudah je..

relax bertenang ye...tarik nafas dalam-dalam yer tuan2/puan2..

ok,sebelum tu,yana tahu ada 2 cara bagaimana korang upload picture dalam post:

1-upload gambar daripada komputer/lappy korang terus insert image macam biasa
2-upload picture drp laman web(cth glitter graphic dll) yang telah berikan anda image coding

ok..kita pergi satu persatu bagaimana untuk disable copy image2 ini.

1) untuk image yang kita insert terus daripada komputer dan masukkan ke dalam post.


  • dekat post kita, ada 2 jenis sama ada "compose" dan "Edit HTML" kn? lepas dah upload picture dekat dalam post yg kita nak, then tekan "Edit HTML


  • korang akan nampak banyak gila coding kan? cari tempat yg korang letak gambar. perhatikan coding untuk image itu. contoh if kita letak picture tu atas sekali,so coding image untuk image tu akan berada atas sekali.contoh coding:


<a href="http://2.bp.blogspot.com/-gKiTJAo_knA/Tfc4b9DoHlI/AAAAAAAAADA/lxaFhUPwT3I/s1600/kidinacandystore.jpg" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="http://2.bp.blogspot.com/-gKiTJAo_knA/Tfc4b9DoHlI/AAAAAAAAADA/lxaFhUPwT3I/s1600/kidinacandystore.jpg" /></a></div>


  •  korang nampak tak tulisan/text yang yana warnakan merah tu?ok pastu, kamu delete yang warna merah tu,lepas tu coding yang akan tertera untuk image tu selepasnya adalah:


<a href="" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="http://2.bp.blogspot.com/-gKiTJAo_knA/Tfc4b9DoHlI/AAAAAAAAADA/lxaFhUPwT3I/s1600/kidinacandystore.jpg" /></a></div>

  • done..lepas tu tekan "publish post". done!

2) untuk image yang kita ambil daripada laman web(cth gltter graphics dll) dan masukkan ke dalam post.






1-image coding gambar tersebut telah diberikan dalam laman web tersebut (cth yana ambik dari web glitter graphic punye image..perhatikan tanda arrow warna oren tersebut), ni adalah contoh coding tersebut:
<a href="http://www.glitter-graphics.com"><img src="http://dl8.glitter-graphics.net/pub/39/39368n1b2x3prdz.gif" width=83 height=49 border=0></a>
2- setelah dapat image coding tersebut,delete yang berwarna merah tu,so image coding korang akan jadi seperti ini lepas delete code merah tersebut:

<a href=""><img src="http://dl8.glitter-graphics.net/pub/39/39368n1b2x3prdz.gif" width=83 height=49 border=0></a>
3- lepas tu,buka edit HTML(sebelah compose dalam post tu,bahagian atas) ,lepas tu,paste code tersebut ke tempat yang anda mahu..

4-preview dulu sebelum publish post tau! done! siap dah...


p/s : apabila image tersebut ditekan untuk di besarkan/enlarge, image itu tidak pergi kepada enlarge image,tapi  ia akan terus pegi kepada link blog kita sekali lagi..kalau korang tak paham,korang cuba dulu, pastu korang akan paham apa yang akan berlaku lepas kita dah disablekan function enlarge tersebut .

semoga berjaya!