Friday 27 July 2012

status update

ok.. dah berhabuk yana rasa sarang blog yana nie.. makin lama makin berhabuk. lama yana tak mengupdate dan menceritakan pape dalam blog ni. sebab kemalasan yang melanda terlebih membuak-buak. hehe. sekarang rasa macam de mood sikit nak update status dekat blog yana ni. yana sekarang kerja dekat phileo damansara 1, yana kerja bidang HR & Admin sebagai HR & Admin Assistant Manager dalam sebuah company nie yang dah menjejakkan dalam dunia perniagaan sejak 98. kiranya conclusion company ni swasta dan tak de lama sangat bertapak lagi. huhu.. yana masih tercari cari kerja kerajaan sebab mayb lebih kukuh kot..=p tapi kerja sekarang, yana dah dapat permanent position lepas 2 bulan tempoh prohibition period. actually tempoh prohibition 3 months, tapi mayb manager takut yana tinggal company kot, tu terus tarik yana kuat2..takmo bagi yana lari la tu,perasan nih.. sekarang dunia yana, yana lebih yakin untuk berinteraksi dengan sesiapa pon mayb sebab yana dalam bidang HR & Admin membuatkan yana lebih banyak belajar untuk mengenali dunia luar, menghadapi dan menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul.. problem solver. takde bosan sangat bila kerja sebab de je tiap2 hari masalah timbul. =p sekarang skop yana memang lari terus daripada bidang chemicals. yana cuma yakin pada ketentuanNYA. Kalau dia tentukan yana kerja bidang lain takde kaitan dengan bidang yana belajar dekat U dlu, yana yakin segala ketentuan dan takdirNYA untuk yana adalah yang terbaik. chayo!

in relationship, setakat nie alhamdulillah..semua berjalan dengan lancar. encik tunang baik je pada yana. takde bikin masalah jiwa dan raga pada yana.hihi. cuma yana pening memikirkan persiapan kahwin nie. macam banyak lagi benda yana tak setel. takut tak complete je majlis perkahwinan yana. huhu. hantaran yana dah setel sikit sikit ngan encik tunang. cuma yana punye hantaran bagi dekat encik tunang masih de lagi 4 lagi.. hoho.. duit untuk pakej kahwin ambik dekat butik lagi kena pikir.. mujur mami dah sponsor untuk duit kenduri,goodies untuk VIP dan guests lain dan pakej photography. cuma the rest yana kene setel la..hehe..memang kene berjimat cermat la,kumpul duit. hehe.. tapi yana sejak duk kL nie, selalu suka jalan jalan cari makan. macam dah jadi pengacara je.alamak! tinggal 6 bulan je lagi yana bakal menjadi isteri orang, insyaAllah. bersediakah yana? huhu..nervous pon ad..

 nie kedai makan dekat bangsar. tempat feveret yana yang paling dekat untuk makan.. makanan nya semua marvelous. cuba korang try ikan masak stim halia. tentu akan ngidam nak makan tiap2 hari.hehe..kedai nie tak jauh daripada bangsar village. dekat deretan kedai yang dekat pizza hut,secret recipe,bank dan kedai tayar. Nanti yana tunjukkan plak tempat makanan yang dekat kuala selangor ye. :)

 nie dekat PD. :)





kad kahwin dan sticker untuk goodies guests yana dah jumpa tempat cuma tak pergi pilih choose betol2 lagi. sticker punye design pon tak create lagi. adoi penin yana. butik kahwin yana dah jumpa, cuma bulan 9 nanti kene balik lagi terengganu pulak untuk ukur badan yana untuk dye create baju untuk yana seperti design dan warna yang yana nak. yana buat 2 pasang baju,baju nikah dan baju sanding. boleh la ikut taste sendiri..hehe. pelamin pon cam tu. yana nak simple tapi nice. yana nak warna semua match. demand ek cmnie? hehe..still searching design camne yana nak dalam internet dan tunjuk pada dye sebab dia cakap dia akan buatkan pelamin baru untuk yana. hehe.any idea leh kongsi dengan yana tak? malam malam searching je bab bab persiapan kahwin nie dengan roomate yana.hehe..

doakan yana dapat kerja yang lebih baik ya! sekarang sudah start bulan puase. yana nak wish selamat berpuasa pada semua ok. perbanyakkan ibadah anda di bulan puasa ni ye. moga anda berada dalam kalangan orang yang beriman dan mensyukuri nikmatNYA selalu.. :) ok setakat ini sahaja. assalamualaikum