Saturday 15 December 2012

silam

Assalamualaikum semua.

SILAM

silam itu meresahkan..
silam itu membawa duka kembali..
silam itu mengingatkan sesuatu yang tidak patut dikenang..
silam itu merebahkan diri sendiri..
sehingga diri sendiri tidak mampu berdiri..

tapi...

apa gunanya silam itu?
silam itu untuk membawa kita mengubah diri menjadi seseorang yang lebih baik
silam itu mengingatkan kita bahawa kita patut kuat untuk melawan segala kenangan perit demi diri
silam itu mengingatkan kita bahawa yang berlaku itu adalah terbaik buat kita
supaya kita terus tunduk,tidak terpesong dan sentiasa berdiri di landasan yang diredhaiNYA

di saat kita sudah dapat menerima silam kita,
di saat itu jugalah ternyata hati kita sudah kuat untuk redha menerima ketentuanNYA
di saat itu jugalah kita akan tersenyum bahawa silam yang Allah berikan pada kita adalah untuk menguji kita supaya menjadi insan yang lebih beriman di sisiNYA dan tidak terus hanyut melupakanNYA.

*memaafkan melalui lisan amat mudah tapi yang payah itu melalui hati. untuk ikhlas,redha untuk memaafkan. tapi yakinlah, bila silam itu sudah berjaya di atasi,kemaafan akan datang dengan sendirinya.


p/s: moga kita semua sentiasa berada di jalan yang diredhaiNYA selalu. amin