Saturday, 15 December 2012

silam

Assalamualaikum semua.

SILAM

silam itu meresahkan..
silam itu membawa duka kembali..
silam itu mengingatkan sesuatu yang tidak patut dikenang..
silam itu merebahkan diri sendiri..
sehingga diri sendiri tidak mampu berdiri..

tapi...

apa gunanya silam itu?
silam itu untuk membawa kita mengubah diri menjadi seseorang yang lebih baik
silam itu mengingatkan kita bahawa kita patut kuat untuk melawan segala kenangan perit demi diri
silam itu mengingatkan kita bahawa yang berlaku itu adalah terbaik buat kita
supaya kita terus tunduk,tidak terpesong dan sentiasa berdiri di landasan yang diredhaiNYA

di saat kita sudah dapat menerima silam kita,
di saat itu jugalah ternyata hati kita sudah kuat untuk redha menerima ketentuanNYA
di saat itu jugalah kita akan tersenyum bahawa silam yang Allah berikan pada kita adalah untuk menguji kita supaya menjadi insan yang lebih beriman di sisiNYA dan tidak terus hanyut melupakanNYA.

*memaafkan melalui lisan amat mudah tapi yang payah itu melalui hati. untuk ikhlas,redha untuk memaafkan. tapi yakinlah, bila silam itu sudah berjaya di atasi,kemaafan akan datang dengan sendirinya.


p/s: moga kita semua sentiasa berada di jalan yang diredhaiNYA selalu. amin

Friday, 27 July 2012

status update

ok.. dah berhabuk yana rasa sarang blog yana nie.. makin lama makin berhabuk. lama yana tak mengupdate dan menceritakan pape dalam blog ni. sebab kemalasan yang melanda terlebih membuak-buak. hehe. sekarang rasa macam de mood sikit nak update status dekat blog yana ni. yana sekarang kerja dekat phileo damansara 1, yana kerja bidang HR & Admin sebagai HR & Admin Assistant Manager dalam sebuah company nie yang dah menjejakkan dalam dunia perniagaan sejak 98. kiranya conclusion company ni swasta dan tak de lama sangat bertapak lagi. huhu.. yana masih tercari cari kerja kerajaan sebab mayb lebih kukuh kot..=p tapi kerja sekarang, yana dah dapat permanent position lepas 2 bulan tempoh prohibition period. actually tempoh prohibition 3 months, tapi mayb manager takut yana tinggal company kot, tu terus tarik yana kuat2..takmo bagi yana lari la tu,perasan nih.. sekarang dunia yana, yana lebih yakin untuk berinteraksi dengan sesiapa pon mayb sebab yana dalam bidang HR & Admin membuatkan yana lebih banyak belajar untuk mengenali dunia luar, menghadapi dan menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul.. problem solver. takde bosan sangat bila kerja sebab de je tiap2 hari masalah timbul. =p sekarang skop yana memang lari terus daripada bidang chemicals. yana cuma yakin pada ketentuanNYA. Kalau dia tentukan yana kerja bidang lain takde kaitan dengan bidang yana belajar dekat U dlu, yana yakin segala ketentuan dan takdirNYA untuk yana adalah yang terbaik. chayo!

in relationship, setakat nie alhamdulillah..semua berjalan dengan lancar. encik tunang baik je pada yana. takde bikin masalah jiwa dan raga pada yana.hihi. cuma yana pening memikirkan persiapan kahwin nie. macam banyak lagi benda yana tak setel. takut tak complete je majlis perkahwinan yana. huhu. hantaran yana dah setel sikit sikit ngan encik tunang. cuma yana punye hantaran bagi dekat encik tunang masih de lagi 4 lagi.. hoho.. duit untuk pakej kahwin ambik dekat butik lagi kena pikir.. mujur mami dah sponsor untuk duit kenduri,goodies untuk VIP dan guests lain dan pakej photography. cuma the rest yana kene setel la..hehe..memang kene berjimat cermat la,kumpul duit. hehe.. tapi yana sejak duk kL nie, selalu suka jalan jalan cari makan. macam dah jadi pengacara je.alamak! tinggal 6 bulan je lagi yana bakal menjadi isteri orang, insyaAllah. bersediakah yana? huhu..nervous pon ad..

 nie kedai makan dekat bangsar. tempat feveret yana yang paling dekat untuk makan.. makanan nya semua marvelous. cuba korang try ikan masak stim halia. tentu akan ngidam nak makan tiap2 hari.hehe..kedai nie tak jauh daripada bangsar village. dekat deretan kedai yang dekat pizza hut,secret recipe,bank dan kedai tayar. Nanti yana tunjukkan plak tempat makanan yang dekat kuala selangor ye. :)

 nie dekat PD. :)





kad kahwin dan sticker untuk goodies guests yana dah jumpa tempat cuma tak pergi pilih choose betol2 lagi. sticker punye design pon tak create lagi. adoi penin yana. butik kahwin yana dah jumpa, cuma bulan 9 nanti kene balik lagi terengganu pulak untuk ukur badan yana untuk dye create baju untuk yana seperti design dan warna yang yana nak. yana buat 2 pasang baju,baju nikah dan baju sanding. boleh la ikut taste sendiri..hehe. pelamin pon cam tu. yana nak simple tapi nice. yana nak warna semua match. demand ek cmnie? hehe..still searching design camne yana nak dalam internet dan tunjuk pada dye sebab dia cakap dia akan buatkan pelamin baru untuk yana. hehe.any idea leh kongsi dengan yana tak? malam malam searching je bab bab persiapan kahwin nie dengan roomate yana.hehe..

doakan yana dapat kerja yang lebih baik ya! sekarang sudah start bulan puase. yana nak wish selamat berpuasa pada semua ok. perbanyakkan ibadah anda di bulan puasa ni ye. moga anda berada dalam kalangan orang yang beriman dan mensyukuri nikmatNYA selalu.. :) ok setakat ini sahaja. assalamualaikum


Saturday, 10 March 2012

10 march 2012

assalamualaikum semua,

sebelum nie, 10 februari yana de update tentang engagement yana kan? now 10 march 2012 yana nak update tentang perubahan dalam hidup yana. yana dah ada dekat kl sekarang. yana dapat tawaran kerja lain dekat phileo damansara. bidang lak jauh menyimpang dari bidang yang yana study dekat universitis dulu..huhu.. sebab kenapa yana nak pergi sedangkan yana dah ada kerja dekat dengan umah?


  • 1- yana dah kerja sana 1 tahun la..lebih sikit je..sekarang yana nak cuba pengalaman lain lak..

  • 2- yana nak kumpul duit untuk kahwin. sebab gaji dekat kl lagi besar yana dari sana.lagi banyak yana boleh wat simpan bila yana buat calculation. yana kena bantu parents yana support sebanyak yang boleh mengurangkan beban dorang tanggung bila yana nak kahwin nanti..sedikit sebanyak semua tu..takkan nak lepas dekat semua dekat dorang sedangkan yana yang nak kahwin..

  • 3- yana nak belajar berdikari. tak nak selamanya asyik bergantung harap pada parents kan. lagipon yana dah abes belajar. nak juga tolong mak ayah.. lagi satu, tak lama lagi yana akan jadi isteri orang. so, kena lah belajar berdikari and kuat hadapi hidup nie. sebab hidup nie banyak rintangannya..

  • 4-yana nak ada perubahan yang makin baik dalam diri yana.. nak improve communication yana. takkan kita selamanya nak berada di paras yang sama.. tentu kita mencuba untuk menjadi lebih baik diri sendiri dari semasa ke semasa..kan?


mungkin ada hikmah segala yang berlaku. kalau bukan kerana yana dapat jugak akhirnye sewa rumah dekat vista tu, and murah camtu, tentu yana tak terima tawaran kerja tu. yana yakin semua ada sebab yang tersendiri.. Allah permudahkan urusan yana. yana harus berkorban. perasaan.. homesick tinggal mami, abah, adk beradik,umah kesayangan untuk mencari rezeki.. harap semua usaha yana berbaloi.. doakan yana banyak2 ye..:))

buat anak-anak muridku...love u so much lahhh!!!! :)) belajar lah rajin2 ye..

p/s : yana amat perlukan sokongan untuk menghadapi hari2 mendatang sehingga yana kuat untuk berdiri di atas kaki sendiri. chayo yana!! fighting!!!

sekian.assalamualaikum.



Friday, 10 February 2012

my engagement

5.2.2012
my engagement day..
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar pada hari itu..
pictures can tell the whole story better..believe it?

 pelamin yana.. nie pon last minute orang tu datang pasang pelamin..kul 12 lebih tengah malam sebelum majlis baru datang.mujur datang jugak.. kalau tak datang, takde pelamin la yana keesokan harinya..hehe

 upacara sarung cincin dengan bakal mak mertua..

 with my friend ct


 hepi betul ncik tunang time nie..suka yana gambar nie..so sweet..:))






dah tamat. gambar lain banyak lagi..semua yana dah simpan dalam album...lagi banyak dalam laptop..hihi..

semoga hubungan kami berkekalan hingga ke jinjang pelamin. dan moga dipermudahkan urusan menguruskan persiapan perkahwinan nanti.. amin. doakan kami ye!

for encik tunang :
  • jaga hati awak baik2 sehingga akad nikah kita ye..moga kita bahagia sentiasa..^_^



Tuesday, 3 January 2012

my cousin's wed

assalamualaikum semua..

tonite yana nak ceritakan what happen last weekend.. yana balik hometown abah yana dekat kota bharu.. where celebration for my cousin's wed. actually 2 orang cousin yana yang kahwin.. jumaat malam tu ada 1 majlis reception dekat pacific hotel.. yana suka sangat makanan dekat hotel sana.sebab semua sedap.. i love food.. bab bagi komen no 1 yana nih. hehe.. purata bajet dalam rm41 sekepala( jangan penggal kepala orang lak dekat sini..hehehee) so if saper saper yang nak buat majlis reception dorang dekat hotel.. tempat nie amatlah disyorkan untuk tetamu anda dapat menjamu selera dengan sedap..hehe..banyak lauk pulak tu..tak terkira..

dah cuba rotate this pic tapi dia tetap nak jadi macam nie..ish3..terbalikkan lah laptop korang ye..=p

second wedding reception adalah sabtu malam tu..siang tu akad nikah dekat cousin's house malam baru majlis reception. dia buat dekat riverview hotel.. riverview nie cantik view dia.. memang menghala pada river la..=p tapi their food for me ok ok aje.. tak de sedap sangat compare to pacific hotel tapi bolehla tahan.. takde la teruk langsung tau..

this just few pictures for u to see..



"uncle din".fokus pd tangan tuh..hehe






p/s : sekian.. time to sleep.. esok nak bangun awal..kerja..nite nite semua...^_~


nervousnyeeeerrrrrrr!!!!! E preparation part 1

seriously yana sangat berdebar debar..dup dap dup dap.. erm.. macam macam dalam ruangan pikiran nie.. penuh,sendat je..hehe..pikir je, rasa nervous..pikir je rasa kelam kabut..huhu...rasa nak pergi atas gunung jerit je...done! hehe..rasa macam banyak lagi perkara yana tak siapkan. i know i am detail punye person.. so pening sikit la kepala.. semua sebab i wish that semuanya berjalan dengan lancar on that day..amin

jom check wishlist

part homestay,persediaan makanan n props

  • homestay "mereka" 2 malam
  • homestay "kami" 2 malam - dekat teratak bonda (area kepong)
  • kanopi, kain gold, kerusi, meja,tray makanan n tempat basuh tangan
  • makanan pagi ahad n menu
  • makanan sabtu malam n menu
  • makanan untuk majlis ahad tengah hari : dalam 130 orang kot..tapi mami cakap sediakan untuk 150 orang
  • desert (mak pi yang sponsor) :puding/agar2
  • additional desert : buah-buahan
  • kerusi/meja 
  • sudu/garfu
  • tray makanan
  • pinggan n cawan :pinggan guna pinggan corelle mami belambak dekat dapur tu, cawan je nak kene beli
  • beli pinggan cawan for hantar dekat homestay

part temagold + white(actually nak warna baby blue+white..tapi last last tukar tema time cari baju..hehe..susah nak cari baby blue yang betul betul berkenan) 

part hantaran
1)kemeja n tie
2)sampin
3)tuala
4)pastry buah
5)gubahan coklat (ferraro rocher 2 set..1 yang ferraro collection 3 jenis tu 1 set lg ferraro yg dalam bekas bentuk love tu..
6)cake(rase nak fondant cake..tengok la macam mana)
7)sireh junjung+ fresh flowers
part hiasan

  • mini pelamin, par,alas lapik par : tempah dgn butik kawan mami kak ida
  • make up, baju, inner muslimah, bunga tangan, veil n accesories : tempah dgn erna bridal gallery
  • tudung : warna putih chiffon based 2 layer ( beli time ariani gallery de sale 50% haritu..)
  • souvenier dalam 120 biji+decoration+potpori (dibeli dari megalace)
  • sticker for majlis( tampal dekat souvenier)
  • bakul hiasan for letak souvenier bg tetamu (quantity: 2)

part photography
-official photography : my sis's boyfriend, amir
-unofficial photography : my sis aten coz i know cara dia amik gambar berseni. tangan seni n also my favourite cousin, farah..=p
-videography : my sis jiji coz jiji biasa dah dengan pembuatan video nie yang sekolah dia punye projek siber
-pembikinan style dalam video, song n how to make it look nice.

part perlaksanaan/arrangement

  • people untuk tambah lauk-mak indon,pak khamis
  • 2 people untuk beri souvenier pada tetamu : jiji n dibah
  • people untuk bawa keluar daripada bilik ke mini pelamin-mak pi/umi, farah
  • 5 people untuk ambil hantaran dari pihak lelaki - aten,, farah, ada, ninie, gee
  • people yang sambut mereka dekat "gate"- abah, uncle
  • people untuk guide sorang tempat parking time datang- afiq
  • people untuk alihkan sedikit daripada tepak sireh(bukti penerimaan)-makcik ha

p/s: penat sangat hari nie sebab budak 5 tahun baru masuk sekolah banyak buat perangai. sabar jela.,. nama pon budak budak kn? hihi.. sekarang dekat tadika tu, dari 8 buah kelas 5 tahun dan 8 kelas 6 tahun dah bertambah jadi 10 kelas 5 tahun dan 10 kelas 6 tahun.. dah la 1 kelas dalam 30 orang..=)

Friday, 14 October 2011

my C-DAY

I have finished completing my studies!

Date : 8 October 2011
Venue : University of Malaya
Day : Saturday (morning)
Session : Ninth Session


all this pictures snap what was happen during that day..^_^ letak 10 pictures je dekat cni.. yang tengok yang lain kene tengok dekat dalam laptop yana la ye..=p


  •  hepy tak muke yana? hehe..=p



terima kasih sebab banyak tolong yana n support yana selame nie..thanks dear sebab sudi datang convocation yana n thanks jugak semua hadiah2 yang abang berikan dekat yana ye n thanks sebab jadi photographer utk yana hari tu..yana hepi sangat..=)


thanks mami n abah sebab banyak support n jaga yana selame nie.. my success is also your success..luv u!!

gambar nie bagi banyak gimik daripada sanak saudara n kawan kawan bila yana upload dalam facebook..hehe..insyaAllah..nanti yana announce ye bila dah dekat dengan masanya..=p

my family...mmuuahh!!! 

my coursemates! :)) 




thanks sume! :))

p/s : if tanya yana bila kenduri nya or bila yana nak kawen.. yana akan jawap "insyaALLAH, bila tiba masanya,yana akan bagitahu ye.." suprise..jeng jeng jeng..=p yang penting doakan kebahagiaan dan hubungan yana dengan si dia kekal sehingga ke syurga ye..terima kasih..=)

Assalamualaikum..^_^