Thursday 16 June 2011

daging masak kicap blackpepper

jom kita sertai main masak-masak nak?
now kita belajar masak daging masak kicap blackpepper.

ok mula-mula kita tengok,apa bahan-bahan yang hendak digunakan okey?

bahan-bahan

  • bawang putih 3,4 ulas(diblend)
  • bawang merah 2 biji sederhana besar(diblend)
  • halia dalam 3-4 cm(diblend)
  • kicap
  • tomato sauce
  • sos tiram
  • blackpepper(sudah diblend halus2)
  • cili padi 5,6 biji (ditumbuk)
  • air asam jawa
  • lada merah  dan tomato(1 biji)
  • daging yang dipotong kecil2


step stepnya

1-bahan-bahan seperti bawang putih,bawang merah,halia diblendkan sekali

2- selepas diblendkan, panaskan kuali dengan minyak. bila minyak sudah panas,masukkan bahan-bahan yang diblend tadi tumis sehingga naik bau.(betol betol naik tau..hehhee)

3- lepas tu,masukkan kicap, sos tiram, sos tomato,garam dan gula(secukup rasa). bagi sebati.

4-kemudian,daging tadi yang telah dipotong kecil2(yang telah diperap dengan serbuk lada hitam sebentar) dimasukkan. kemudian diikuti tomato yang dipotong kecil2 dadu. 

5- masukkan cili padi yang sudah ditumbuk tadi.dan masukkan juga lada merah yang dipotong kecil2.

6-masukkan juga lada hitam sedikit.gaul sebati dan tinggalkan sebentar dalam 10 minit (nak bagi daging tu  masak)

7-tutup gas.done! sedia untuk dimakan.





No comments:

Post a Comment