Sunday, 19 June 2011

rempah ikan bakar


macam mana nak buat rempah nyer eh? kadang tu, setiap orang ada cita rasa mereka sendiri. ini pulak masakan mami ajar yana.. nie cara nak buat rempah ikan bakar dari segi cita rasa kami.. nak tahu sedap ke tak.. ikut cita rasa korang ke tak..cubalah..ok?



bahan-bahannya:

  • lada lumat(lada yang sudah dblend)- 5 sudu besar


*bahan untuk di blendkan : 
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 bawang merah
  • sedikit halia(dalam 3 cm kot..)
  • serai
  • air asam jawa
  • sedikit belacan(dalam 1cmx1cm-bentuk dadu)
  • kunyit(sedikit) -bukan yang serbuk tu tau...
  • lengkuas(sedikit)


**bahan bahan lain yang dimasukkan dalam masakan:

  • nissan @ gula melaka nama asal dia (dlm 1/4 drp saiz nissan yang besar tu)
  • garam

bahan untuk tabur atas ikan bakar(potong halus2)(***)
  • daun kesum
  • daun kunyit



cara-caranya:

1-panaskan minyak
2- masukkan lada yang di blend 5 sudu.dan tumiskan ia sehingga naik bau
3-masukkan bahan-bahan yang kita blend tadi.(refer * )
4- lepas tu, kira-kira 2,3 min, masukkan bahan-bahan lain yang dimasukkan dalam masakan..(refer**)
5- lepas tu, da siap...da masak dan anggar2 minyak dia dah naik, angkat..dan letakkan atas ikan bakar yang dimasak...taburkan bahan yang disediakan atas ikan bakar(***) dan untuk lebih sedap letakkan juga limau nipis ye..=)
6- done!

selamat menjamu selera!

No comments:

Post a Comment

Post a Comment